Official Website    

FTKEE Postgraduate Colloquium 2025

FTKEE Postgraduate Colloquium 2025

Kolokium 2025 Pembentangan Kemajuan Pengajian Pelajar Pascasiswazah Semester II 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai FTKEE Postgraduate Colloquium 2025 telah berlangsung pada 10 September 2025 bertempat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Penganjuran ini menjadi platform penting kepada pelajar pascasiswazah yang mengikuti program Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana (MSc) secara penyelidikan untuk membentangkan perkembangan penyelidikan masing-masing dalam suasana ilmiah yang terancang.

Setiap pelajar telah diberi masa selama lima minit untuk mempersembahkan slaid pembentangan berkaitan kemajuan penyelidikan yang dicapai, sebelum sesi soal jawab bersama panel penilai. Panel penilai terdiri daripada pensyarah FTKEE yang dicadangkan oleh penyelia pelajar, dengan peranan memberikan maklum balas, pandangan serta komentar yang membina. Pelajar PhD dinilai oleh dua orang panel manakala pelajar MSc pula dinilai oleh seorang panel.

Penganjuran kolokium ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menilai tahap pencapaian penyelidikan mereka, malah berjaya menyemai keyakinan dan melatih mereka untuk berkomunikasi serta mempertahankan hasil penyelidikan secara akademik. Lebih daripada itu, kolokium ini juga telah menggalakkan budaya diskusi, perkongsian ilmu dan interaksi antara pelajar serta pensyarah, sekali gus memperkukuh kualiti penyelidikan yang dijalankan di FTKEE.

Secara keseluruhannya, FTKEE Postgraduate Colloquium 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menjadi medan ilmiah yang menyokong kecemerlangan penyelidikan serta perkembangan akademik para pelajar pascasiswazah fakulti.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network