Official Website    

Dari Felda Selancar, Semarak Minat STEM Melalui Teknologi

Dari Felda Selancar, Semarak Minat STEM Melalui Teknologi

SELANCAR, ROMPIN | 23 September 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan program “ILLUMINATING STEM: Introduction to Wireless Power Transfer for School-Level Engagement” di SMK Perwira Jaya, Selancar, Rompin.
 
Program di bawah geran CDU250109 ini diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Mawardi bin Saari dan menjadi platform kepada warga sekolah untuk meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berasaskan teknologi.
 
Pemilihan SMK Perwira Jaya turut didorong oleh kerjasama awal antara guru sekolah dan pensyarah FTKEE, selain kedudukannya yang berhampiran sempadan Pahang–Johor serta komuniti pelajar yang terdiri daripada anak-anak FELDA di sekitar Selancar. Program ini turut melibatkan pelajar daripada SMK Perwira Jaya serta empat buah sekolah rendah dan menengah lain di sekitar FELDA Selancar, sekali gus memperluas capaian aktiviti STEM kepada komuniti setempat.
 
Pelbagai aktiviti dan pameran STEM diketengahkan termasuk Wireless Power Transfer, Drone, Robotics, The Reading Makcixx, Underwater Robotics, Basic Residential Wiring with IoT, Telescope serta FTKEE Programme Promotional Booth. Kepelbagaian aktiviti ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka teknologi secara lebih dekat serta melihat bagaimana konsep STEM diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
 
Program turut mendapat sokongan Pengetua SMK Perwira Jaya, Tuan Haji Zubir bin Abdul Rahman, Penyelaras Program STEM Karnival merangkap Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, Mohd Ropizam bin Mohamad Zainun, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Matematik, Cik Razlina binti Abdul Rashid, serta barisan guru SMK Perwira Jaya yang bersama-sama menjayakan pelaksanaan program.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pasukan FTKEE UMPSA yang terlibat sebagai fasilitator, pempamer dan penggerak aktiviti, serta kepada warga SMK Perwira Jaya dan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
 
Semoga usaha ini terus membuka ruang kepada lebih ramai anak-anak komuniti FELDA untuk mengenali, meneroka dan mencintai STEM, sekali gus menyemarakkan aspirasi melahirkan generasi yang celik teknologi dan berdaya cipta.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network