Bengkel Persediaan Penukaran Status Program Akademik kepada Program TVET FTKEE
FTKEE terus komited memperkukuh agenda pendidikan TVET selaras dengan aspirasi universiti dan keperluan industri semasa.
Bengkel Persediaan Penukaran Status Program Akademik kepada Program TVET diadakan bagi meningkatkan kefahaman staf akademik berkaitan keperluan standard akreditasi, pemetaan kurikulum, penyediaan dokumen sokongan serta pelan tindakan pelaksanaan program TVET di peringkat fakulti.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan program akademik yang lebih berkualiti, relevan dan berdaya saing.
