Official Website    

36 Pelajar SMK Beserah Terokai Dunia STEM di FTKEE UMPSA

36 Pelajar SMK Beserah Terokai Dunia STEM di FTKEE UMPSA

PEKAN | 11 November 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan seramai 36 orang pelajar bersama empat orang guru pengiring dari SMK Beserah, Kuantan menerusi Program Lawatan Akademik dan Pengayaan STEM.
 
Delegasi guru yang hadir terdiri daripada Puan Anis Athirah binti Mahmud, Encik Shahril bin Rain @ Arabain, Puan Nor Yusmanira binti Razali dan Puan Faizah binti Hasan. Sepanjang program, para pelajar mengikuti sesi perkongsian STEM, aktiviti Hands-On Digital Making Workshop serta sesi interaktif yang memberi peluang kepada mereka meneroka teknologi dan aplikasi kejuruteraan secara lebih dekat.
 
Semoga pengalaman ini dapat menyemarakkan minat pelajar terhadap bidang STEM, membuka minda tentang peluang dalam dunia kejuruteraan serta menjadi inspirasi untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknologi pada masa hadapan.
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network