Official Website    

JEMPUTAN KE PROGRAM JERAYAWARA EV2U@UMP PEKAN

JEMPUTAN KE PROGRAM JERAYAWARA EV2U@UMP PEKAN

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

YH./ YBhg./ YBrs./ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan.

JEMPUTAN KE PROGRAM JERAYAWARA EV2U@UMP PEKAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) akan mengadakan Program Jerayawara "EV2U@UMP PEKAN"; dengan kerjasama CEE4EV dan tiga (3) syarikat iaitu BYD, KuroEV dan Eclimo sepertimana ketetapan berikut :

📆 Tarikh : 21 Mac 2022 (Selasa)
⏰ Masa : 9:30 pagi sehingga 5:00 petang ( Pandu Uji Kenderaan Elektrik di sekitar Dewan Serbaguna bermula jam 10:00 pagi)
( Industrial Talk di DKU PBM jam 9:30-11:00 pagi)
🏬 Tempat : Makmal Mini Plant FTKEE

Sehubungan dengan itu, Pihak kami menjemput YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan & pelajar yang berkelapangan, untuk sama-sama memeriahkan program tersebut pada hari dan waktu seperti yang tertera.

Congratulations to MTE 2023 Winner

Congratulations to MTE 2023 Winner

The management, staff and students at the Faculty of Electrical & Electronics Engineering Technology would like to congratulate the FTKEE staff that sucessfully won an award in the Malaysia Technology Expo (MTE2023). 

GOLD MEDAL

1. Ts. Dr. Roshahliza 

Congratulations to all Citrex 2023 Winners

Congratulations to all Citrex 2023 Winners

The management, staff and students at the Faculty of Electrical & Electronics Engineering Technology would like to congratulate the FTKEE staff that sucessfully won an award in the 13th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (13th Citrex 2023) by Universiti Malaysia Pahang.

SPECIAL AWARD

1. DR. NOORAZLIZA SULAIMAN (PUSAT KEJURUTERAAN AUTOMOTIF)

 GOLD MEDAL

1. TS. DR. WAN ISMAIL BIN IBRAHIM

2. TS. DR. MOHD RIDUWAN BIN GHAZALI 

3. TS. DR. YASMIN BT ABDUL WAHAB

 SILVER MEDAL

1. PM. DR. MAWARDI SAARI

2. DR. SULIANA BINTI AB GHANI

3. IR. TS. DR. NORIZAM BIN SULAIMAN

4. TS. DR. NURHAFIZAH BINTI ABU TALIP @ YUSOF

5. MRS. NOR HADZFIZAH BINTI MOHD RADI

6. DR. NOORAZLIZA SULAIMAN

 BRONZE MEDAL

1. PM. DR. HADI MANAP

2. DR. ROHANA ABDUL KARIM

Syarahan Umum Pengerusi Lembaga Pengarah UMP dan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-21 UMP

Syarahan Umum Pengerusi Lembaga Pengarah UMP dan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-21 UMP

Syarahan Umum Pengerusi Lembaga Pengarah UMP dan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-21 UMP bakal berlangsung jam 10 pagi ini di Dewan Bankuet UMP Pekan.

Program juga akan bersiaran langsung di FB Live UMP Malaysia dan YouTube UMPTV.

Turut berlangsung Majlis Sanjungan Budi Tahun 2023 bagi meraikan staf yang telah berkhidmat selama 20 tahun di UMP.

Semua Warga UMP dijemput hadir dan bagi staf UMP Pekan digalakkan hadir secara fizikal.

Industrial Talk: Industry Factory Automation Towards Industry Revolution 4.0 Era

Industrial Talk: Industry Factory Automation Towards Industry Revolution 4.0 Era

Let’s come and join the sharing session with Mr. Ng Swee Min, Didactic Manager from Festo Sdn. Bhd. 

🗓️ 15 March 2023 (Wednesday)
🕙 11:00 am – 12:00 pm

🖇️ DK2 FTKEE UMP

Majlis Amanat Naib Canselor UMP 2023

Majlis Amanat Naib Canselor UMP 2023

Majlis Amanat Naib Canselor UMP 2023 bersama Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin bertemakan “Melestarikan Kecemerlangan Teknologi Untuk Masyarakat” akan diadakan pada 23 Februari 2023 (Khamis) jam 10.00 pagi di Dewan Serbaguna UMP Pekan.

Program juga akan bersiaran langsung di FB Live UMP Malaysia dan YouTube UMPTV.

Turut berlangsung Majlis Sanjungan Budi Tahun 2023 bagi meraikan staf yang telah berkhidmat selama 20 tahun di UMP.

Semua Warga UMP dijemput hadir dan bagi staf UMP Pekan digalakkan hadir secara fizikal.

Sumber rujukan: UMP Malaysia - #UMPSharing Majlis Amanat Naib Canselor UMP 2023... | Facebook

Selamat Menduduki Peperiksaan Buat Semua Mahasiswa UMP

Selamat Menduduki Peperiksaan Buat Semua Mahasiswa UMP

Pihak pengurusan dan warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Kolaborasi FTKEE , BKIM, PRINT UMP dan Bosch Rexroth dalam pembangunan bidang kejuruteraan automasi

Kolaborasi FTKEE , BKIM, PRINT UMP dan Bosch Rexroth dalam pembangunan bidang kejuruteraan automasi

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM), Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Teknologi (PRInT) Universiti Malaysia Pahang (UMP) metrai kerjasama dengan Bosch Rexroth Sdn Bhd (Bosch Rexroth) dalam aktiviti pembangunan kurikulum ke arah universiti -industri. Kerjasama ini akan melibatkan latihan industri, pertukaran pelajar dan tawaran kursus pembelajaran yang ditambahbaik, menjadikan modul latihan industri 4.0 berasaskan pensijilan dari Jerman sebagai rujukan.
 
Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Prof Dato Ts Dr Yuserie Zainuddin bertukar memorandum persefahaman (MOU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bosch Rexroth Malaysia , Darren Chan Chon Hoe. Menurut Prof Dato Ts Dr Yuserie, melalui Bosch Rexroth Academy di Jerman kerjasama ini melibatkan penempatan pelajar amali dengan penggunaan peralatan di Malaysia dan luar negara dan program pensijilan kepada pelajar khususnya dalam program Sarjana Muda Teknologi, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UMP. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin dan Dekan FTKEE, Prof Madya Dr Hamdan Daniyal serta wakil pengurusan tertinggi universiti.
 
UMP NEWS: Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia

UMP NEWS: Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia

PEKAN, 3 Februari 2023 - Radio Frequency Identification (RFID) bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini. 

Namun perluasan penggunaan masih pada tahap minimum berikutan banyak perspektif negatif yang timbul mengenai kegagalan sistem RFID pada pengendali tol di Malaysia, sedangkan RFID mempunyai rekod yang cemerlang di negara-negara lain yang turut mengoperasi sistem yang sama.

Melihat kepada perspektif negatif terhadap RFID, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohd Hisyam Mohd Ariff, 42 telah menaik taraf potensi RFID dalam beberapa aspek iaitu mendapatkan sistem kelajuan bacaan yang lebih tinggi, mengesan lebih banyak tag dalam jangka masa yang singkat dan kawasan liputan pengesanan yang lebih meluas.

Penyelidikan itu turut mendapat kerjasama daripada pensyarah FTKEE, Dr. Noor Zirwatul Ahlam Naharuddin, Ts. Dr. Mohammad Fadhil Abas dan pensyarah Pusat Sains Matematik (PSM), Dr. Rahimah Jusoh @ Awang.

Menurut Mohd Hisyam, kepesatan teknologi pada masa kini memerlukan medium pemindahan maklumat yang lebih pantas dan berkesan dan RFID merupakan satu bentuk komunikasi tanpa wayar yang menggunakan medan elektromagnet untuk mengenal pasti dan menjejak tag yang dilampirkan pada objek secara automatik.

Sumber rujukan:

1. Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia | UMP News

2. UMP Malaysia - Posts | Facebook

Infografik: Talian Kecemasan & Pusat Bencana UMP

Infografik: Talian Kecemasan & Pusat Bencana UMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dilampirkan Infografik bagi Talian Kecemasan & Pusat Bencana UMP untuk makluman semua pihak.

Laman sesawang RES-Q UMP: https://ump.edu.my/en/3333 

Sekian Terima Kasih.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network