Webinar Interactive Teaching bagi pensyarah-pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM)
Pensyarah FTKEE, Puan Nurul Wahidah Arshad telah dijemput oleh Pusat Pembangunan Kecermelangan Akademik (CDAE), USM sebagai penceramah Latihan Dalam Perkhidmatan.
Dalam webinar yang bertajuk Interactive Teaching Strategies Using ClassPoint: A Constructive Alignment Approach , penceramah berkongsi tentang Constructive Alignment dalam pelan pengajaran, dan bagaimana menjadikan pelaksanaannya interaktif menggunakan ClassPoint. Webinar ini telah disertai oleh 78 orang pendidik dari pelbagai fakulti dan jabatan di USM.