[UMPSA NEWS] Lampu EVcas Inovasi Penyelidik UMPSA Ubah Tiang Lampu Jalan Jadi Pengecas Kenderaan Elektrik
Dua penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Wan Muhammad Noor Sarbani Mat Daud dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) serta Ts. Dr. Muhammad Ikram Rashid dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) berjaya membangunkan satu inovasi baharu yang dinamakan Lampu EVcas, iaitu sistem pengecas kenderaan elektrik (EV) yang diintegrasikan terus ke dalam tiang lampu jalan.