[UMPSA NEWS] Afeef Hamizan pelajar UMPSA juara Chinese Bridge Malaysia wakil negara ke China
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (BEL) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Afeef Hamizan berjaya dinobatkan sebagai juara pertandingan dan bakal mewakili Malaysia ke Chinese Bridge Competition peringkat antarabangsa di China.
Kejayaan tersebut turut menyaksikan guru pembimbingnya, Leong Hui Theng menerima pengiktirafan jurulatih terbaik hasil dedikasi sepanjang perjalanan latihan dan bimbingan.
Afeef Hamizan dan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) Jiveetha a/p Ravi berjaya mencuri perhatian penonton dan panel juri menerusi penguasaan bahasa Mandarin yang yakin dan persembahan budaya yang penuh penghayatan.
