Tahniah diucapkan Kepada Penyelidik UMPSA yang Telah Berjaya Menerima Tawaran Endowmen Penyelidikan dan Kepengerusian
Tahniah diucapkan kepada penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang telah berjaya menerima tawaran endowmen penyelidikan dan kepengerusian daripada pihak industri/agensi sempena Majlis Jamuan Teh Tuanku Canselor Bersama-sama Industri pada 26 September 2025 bertempat di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Dana endowmen yang diterima akan memperkukuh kerjasama strategik antara UMPSA dan pelbagai sektor industri di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
