Selamat Maju Jaya dan Maju Jaya Kepada Wakil Universiti Ke Pertandingan ITEX 2026
Seluruh warga FTKEE mengucapkan selamat berjuang kepada para penyelidik FTKEE yang akan mewakili universiti dalam 37th International Invention, Innovation, Technology Competition & Exhibition (ITEX’26) yang berlangsung pada 18 hingga 20 Mei 2026.
Semoga segala usaha, inovasi dan penyelidikan yang dipertandingkan memperoleh kejayaan cemerlang serta terus mengharumkan nama FTKEE dan UMPSA di peringkat antarabangsa.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan terbaik buat semua penyelidik yang terlibat.
