Official Website    

Program SULAM @ Rumah Rakit Mirae, Pekan

Program SULAM @ Rumah Rakit Mirae, Pekan

Pada 8 Mei 2025, seramai 37 pelajar BTS3443 (Computer Vision System) telah menyertai Program SULAM di Rumah Rakit Mirae, Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang. Program ini dijalankan di bawah bimbingan Pn. Norazian Subari, Prof. Ts. Ir. Dr. Kamarul Hawari, Dr. Noor Zirwatul Ahlam, dan Dr. Nor Hadzfizah Radi, serta disokong oleh geran CDU24013 dan RDU233601.

Sepanjang program ini, pelajar terlibat dalam pemasangan sistem iSenseFishery – sebuah teknologi pemantauan pintar yang mengesan pergerakan ikan, suhu dan kualiti air menggunakan vision system dan penderia pintar. Tiga unit iSenseFishery telah berjaya dipasang di sangkar ikan patin, diiringi dengan sesi taklimat dan latihan bersama para pemilik sangkar. Teknologi, komuniti dan pembelajaran bergabung dalam satu pengalaman yang bermakna!

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network