Program CEO@Faculty: Menyelami Sistem Tenaga Negara bersama TNB
Program CEO@Faculty FTKEE UMPSA membuka tirai dengan lawatan teknikal ke Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar (SJTJ), Port Dickson dan National Load Dispatch Centre (NLDC) TNB, Kuala Lumpur. Seramai 38 peserta termasuk pensyarah dan pelajar dari Program Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan menyertai lawatan ini sebagai sebahagian daripada inisiatif mendekatkan dunia akademik dengan industri tenaga. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada sistem penjanaan, pengurusan dan pengagihan tenaga elektrik negara, sejajar dengan kandungan kursus seperti Power System Protection dan High Voltage Engineering.
Harapan kami agar lawatan ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar, tetapi juga memupuk pemikiran strategik, kefahaman industri sebenar serta membina jaringan profesional yang bakal mencorak masa depan kejuruteraan tenaga di Malaysia.
CEO@Faculty -Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE) merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin bin Megat Hassan