Official Website    

Profesor Ts. Dr. Hamzah Ahmad cipta AGV Kos Rendah Untuk Sistem Penghantaran Produk dalam Industri

Profesor Ts. Dr. Hamzah Ahmad cipta AGV Kos Rendah Untuk Sistem Penghantaran Produk dalam Industri

Dunia automasi tempatan mencatat sejarah baharu apabila penyelidikan yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ts. Dr. Hamzah Ahmad berjaya membangunkan sebuah Kenderaan Kawalan Automatik (AGV) kos rendah yang berpotensi besar merevolusikan sektor perindustrian negara.

Penyelidikan itu turut dibantu oleh pensyarah FTKEE, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Razali Daud, dan Ts. Dr. Saifudin Razali, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Profesor Madya Ir. Dr. Akhtar Razul Razali, dan pelajar pascasiswazah, Mohammad Hazwan Hazmi dan Mohd Syarifuddin Suliman.

Menurut Profesor Ts. Dr. Hamzah yang juga Dekan FTKEE, projek yang dibangunkan ini adalah bagi memenuhi keperluan ALPS Electric (M) Sdn. Bhd. dalam merealisasikan sistem kilang pintar mereka.

“Projek ini telah dilaksanakan selama tujuh bulan bermula pada Ogos 2024 hingga Februari 2025 dengan kerjasama MIMOS Berhad yang bertujuan untuk membangunkan Sistem AGV untuk menghantar produk dari satu stesen ke stesen lain dengan efektif dan efisien dalam industri ALPS.

Sumber: LINK

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network