Official Website    

Plogging @ Pantai Tanjung Gosong Sempena Hari Antartika Sedunia

Plogging @ Pantai Tanjung Gosong Sempena Hari Antartika Sedunia

Warga FTKEE turut turun padang menjayakan Program Plogging anjuran Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC) dengan kerjasama Kelab Eco Nexus UMPSA, bertempat di Pantai Tanjung Gosong pada 14 November 2025.
 
Diketuai Profesor Madya Ir. Dr. Muhamad Zahim bin Sujod, para sukarelawan FTKEE berganding bahu membersihkan kawasan pantai sebagai usaha meningkatkan kesedaran kelestarian dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Kehadiran Dr. Suhaidah binti Hussain, Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian, turut menyuntik semangat kepada para peserta.
 
Menariknya, hasil kutipan sampah pada kali ini mencecah 190kg, meliputi plastik, kaca dan sisa-sisa lain yang berpotensi menjejaskan hidupan marin. Dalam sesi perkongsian ringkas, Dr. Muhamad Zahim menjelaskan bagaimana pencemaran plastik di Malaysia boleh memberi kesan sejauh Antartika. Mikroplastik yang terhasil daripada sisa plastik boleh dibawa oleh arus laut merentasi negara dan benua dan kajian telah membuktikan kehadirannya di perairan Antartika, sekali gus mengganggu ekosistem unik di benua sejuk itu. Setiap tindakan kecil membawa perubahan besar.Terima kasih kepada semua sukarelawan atas komitmen dan semangat menjaga kelestarian bumi!
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network