Perkampungan Ilmu SPM 2025: Misi Cemerlang SBPI Tun Abdul Razak
Telah berlangsung Perkampungan Ilmu SPM oleh pelajar SBP Intergrasi Tun Abdul Razak di FTKEE UMPSA sepanjang 25- 27 Julai 2025. Objektif pelaksanaan adalah meningkatkan kesiapsiagaan akademik dan kesejahteraan mental pelajar melalui pendekatan holistik menjelang peperiksaan SPM 2025.
Manfaat pelaksanaan Program Perkampungan Ilmu ini adalah untuk membantu pelajar memantapkan penguasaan akademik serta teknik menjawab soalan SPM, membina keyakinan diri dan motivasi melalui bimbingan berstruktur, serta menyediakan sokongan emosi dan sosial dalam suasana pembelajaran yang kondusif, sekali gus menyumbang kepada peningkatan prestasi keseluruhan sekolah dalam peperiksaan SPM 2025.
Turut hadir GPK Pentadbiran dan Akademik,En. Mohd Syamsul Izwan bin Mohd Ghazali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd Shahrizal Bin Abd Rahman, serta Penyelaras Puan Roslizawati binti Arifin.
Jangan lupa memilih FTKEE UMPSA sebagai Universiti pilihan utama untuk menyambung pengajian!