Penglibatan Antarabangsa Pensyarah FTKEE
Pada 17 September 2025, Ts. Dr. Mohd. Shafie telah menerima undangan daripada Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia untuk menyampaikan ucaptama dalam The 7th Vocational Education International Conference yang bertemakan “Future Challenges of Smart Teaching and Learning in Vocational Education”.
Pembentangan beliau telah berlangsung secara maya selama 45 minit termasuk sesi soal jawab. Antara pengisian yang diketengahkan merangkumi definisi serta cabaran utama Smart Teaching and Learning, perkongsian kajian kes berkenaan pelaksanaan SULAM dan strategi pembelajaran aktif berasaskan AI menggunakan ClassPoint, serta cadangan strategi masa hadapan dalam memperkukuh pendidikan vokasional.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Shafie atas jemputan dan perkongsian ilmu di pentas antarabangsa ini.