Official Website    

Pendedahan Dunia Industri: Lawatan Akademik ke RWNA Engineering Sdn. Bhd.

Pendedahan Dunia Industri: Lawatan Akademik ke RWNA Engineering Sdn. Bhd.

Pada 14 Jun 2025, seramai 15 pelajar Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan Kepujian (BTS) telah menjalankan lawatan akademik ke RWNA Engineering Sdn. Bhd., Gebeng, Pahang bagi kursus BTS3112 Numerical and Control Systems.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan langsung kepada teknologi pemesinan CNC (Computer Numerical Control), di mana pelajar berpeluang melihat secara dekat aplikasi mesin serta memahami teknologi terkini yang digunakan dalam industri. Pendedahan ini melengkapi pembelajaran teori di dalam kelas yang sebelum ini hanya terhad kepada tontonan video, sekaligus memberikan pengalaman praktikal melalui demonstrasi sebenar.

Diharapkan lawatan ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap aplikasi CNC, merapatkan jurang antara teori dan amali, serta memperkukuh kompetensi graduan dalam menghadapi cabaran industri kejuruteraan masa kini.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network