Mesyuarat Hala Tuju Kumpulan Penyelidikan Bersama Dekan dan Timbalan Dekan Penyelidikan FTKEE
Satu mesyuarat hala tuju Research Group telah diadakan bersama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) bagi membincangkan strategi penyelidikan dan perancangan penerbitan jurnal berkualiti tinggi telah berlansung pada 3-4 March 2025.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk:
✅ Peningkatan Kualiti Penerbitan – Dekan FTKEE menekankan kepentingan menerbitkan jurnal dalam penerbit berimpak tinggi bagi meningkatkan reputasi fakulti di peringkat antarabangsa.
✅ Strategi Penulisan & Kolaborasi – Ahli kumpulan penyelidikan digalakkan untuk berkolaborasi dengan penyelidik dalam dan luar negara bagi meningkatkan impak kajian.
✅ Geran Penyelidikan – Perbincangan mengenai peluang pembiayaan bagi menyokong penyelidikan yang boleh menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi.
✅ KPI Penerbitan – Sasaran baharu ditetapkan bagi memastikan peningkatan bilangan artikel yang diterbitkan dalam jurnal terkemuka setiap tahun.
Sesi ini turut diakhiri dengan sesi perbincangan terbuka, di mana ahli kumpulan penyelidikan berkongsi cabaran serta cadangan bagi memperkukuhkan ekosistem penyelidikan di fakulti. Dengan komitmen dan usaha berterusan, FTKEE dijangka terus cemerlang dalam menghasilkan penyelidikan yang memberi impak besar kepada industri dan masyarakat.
Turut serta Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) yang merupakan ahli kumpulan penyelidikan Power Electronics & Drives
Syabas kepada setiap kumpulan atas Kerjasama yang diberikan.
Kluster AppECE :
1. IR. DR. AYIB ROSDI BIN ZAINUN (KETUA)
Applied Electronics (AE)
2. PROFESOR MADYA IR. TS. DR. MOHD ZAMRI BIN IBRAHIM (KETUA)
Computational System Intelligence (CSI)
3. TS. MOHD HISYAM BIN MOHD ARIFF (KETUA)
Wireless Communication Networks (WCN)
Kluster SUPER :
1. PROFESOR MADYA DR. ABU ZAHARIN BIN AHMAD (KETUA)
Energy & Power Systems (EPS)
2. IR DR. ROSMADI BIN ABDULLAH (KETUA)
Power Electronics & Drives
Kluster ICE :
1. PROFESOR MADYA DR. MOHD MAWARDI BIN SAARI (KETUA)
Advanced Metrology & Sensing (AMES)
2. PROFESOR MADYA IR. DR. ADDIE IRAWAN BIN HASHIM (KETUA)
Robotics, Intelligent System & Control Engineering (RISC)