Lawatan Penilaian Akademik oleh External Assessor di FTKEE
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) menerima kunjungan penilaian akademik oleh Panel Penilai Luar, Profesor Madya Dr. Masrullizam Bin Mat Ibrahim, bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) - BTS pada 24 & 25 April 2025.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan fakulti dalam memastikan program berada pada landasan terbaik, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). Penilaian secara berkala ini juga merupakan langkah persediaan awal bagi menghadapi proses akreditasi penuh oleh ETAC/BEM yang dijadualkan pada tahun 2026.
Tujuan lawatan untuk menilai pelaksanaan semasa program dan mengenal pasti ruang penambahbaikan strategik. Harapan lawatan untuk memastikan program BTS terus relevan, berkualiti tinggi, dan memenuhi piawaian industri serta badan profesional. Terima kasih Prof atas input dan panduan yang sangat bermakna. Kami terus komited untuk memacu kecemerlangan akademik dan teknikal ke tahap tertinggi!