Official Website    

Seminar Siri 1 BEL3111 di FTKEE UMPSA

Seminar Siri 1 BEL3111 di FTKEE UMPSA

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA melalui Jawatankuasa Engineering Design Principle/Integrated Design Project (EDP/IDP) telah menganjurkan Seminar Siri 1: Engineering Design Principle & Design Thinking Mindset khusus untuk pelajar kursus BEL3111 – Engineering Design Principle.Seminar yang diadakan pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah PBM, UMPSA Pekanini bertujuan memberi pencerahan dan hala tuju awal kepada pelajar sebelum memulakan pemilihan tajuk projek masing-masing.
 
Taklimat utama telah disampaikan oleh Ir. Dr. Zaihah dibantu oleh Dr. Syahiman dan Ts. Dr. Nurhafizah selaku koordinator kursus. Sesi turut dimeriahkan dengan perkongsian daripada Assoc. Prof. Ir. Dr. Zahim yang memberikan gambaran menyeluruh tentang proses reka bentuk kejuruteraan — bermula daripada pengenalpastian masalah, penjanaan idea, sehinggalah kepada penyelesaian kreatif.
 
Antara fokus utama seminar ini ialah cara mengenal pasti dan merumuskan problem statementyang relevan, langkah-langkah menjalankan tinjauan serta temu bual bersama klien atau pihak industri, dan aplikasi Design Thinking dalam menjadikan cabaran sebagai peluang inovasi. Melalui sesi ini, pelajar bukan sahaja memahami struktur dan kriteria projek, tetapi juga membina asas pemikiran reka bentuk yang holistik.
 
Secara keseluruhan, seminar ini menjadi titik permulaan penting dalam membantu pelajar menguasai prinsip asas reka bentuk kejuruteraan dan memupuk Design Thinking Mindset ke arah inovasi yang lestari, kreatif dan berimpak — sekaligus menyediakan mereka untuk pelaksanaan Integrated Design Project (IDP) pada semester akan datang (2526II).
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network