Official Website    

Lawatan Sambil Belajar oleh Program Diploma Teknologi Mekatronik (Sistem Kawalan), IKM Tan Sri Yahaya Ahmad ke FTKEE, UMPSA

Lawatan Sambil Belajar oleh Program Diploma Teknologi Mekatronik (Sistem Kawalan), IKM Tan Sri Yahaya Ahmad ke FTKEE, UMPSA

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada 16 orang pelajar dan seorang pensyarah daripada Program Diploma Teknologi Mekatronik (Sistem Kawalan), Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad (IKM TSYA), Pekan pada 23 Mei 2023. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan mengenai UMPSA secara umum dan FTKEE secara khusus, termasuk pengenalan kepada program-program akademik yang ditawarkan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman selaku wakil Pengurusan Fakulti.

Selesai taklimat, para pelawat telah dibawa melawat ke makmal-makmal utama FTKEE yang berkaitan dengan bidang Mekatronik. Lawatan bermula dengan sesi penerangan dan demonstrasi berkaitan Remotely Operated Vehicle (ROV) termasuk robot pembersih bawah air (Underwater Cleaning Robot) dan projek-projek ROV pelajar SDP 2.Seterusnya, delegasi dari IKM TSYA dibawa melawat ke beberapa makmal lain seperti Makmal Robotik, Makmal PLC & Applications dan Mini Plant.

Lawatan ini diharap dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran dan penyelidikan di peringkat universiti serta mencetus minat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di FTKEE, UMPSA. Pihak FTKEE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan mengalu-alukan jalinan kerjasama yang lebih erat di masa hadapan dengan IKM TSYA.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network