Official Website    

Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Kuala Terengganu Ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Kuala Terengganu Ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

21 November 2025 | UMPSA Pekan
 
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menerima kunjungan rasmi daripada Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu bagi sesi lawatan penanda aras ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) serta Perpustakaan UMPSA Pekan.
 
Seramai 35 pelajar bersama 3 tenaga pengajar hadir dalam lawatan tersebut yang dimulakan dengan sesi taklimat akademik umum oleh Dr. Nurul Fadzilah binti Hasan, Penyelaras Unit Promosi FTKEE UMPSA. Sesi diteruskan dengan pembentangan program-program FTKEE oleh Ts. Dr. Wan Ismail bin Ibrahim, Ketua Program BVE, yang turut berkongsi peluang pengajian serta perkembangan teknologi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.
 
Pelajar kemudiannya dibawa melawat ke beberapa makmal pengajaran dan penyelidikan FTKEE, memberikan mereka peluang melihat secara dekat kemudahan pembelajaran berteknologi tinggi yang digunakan di UMPSA.
 
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar Kolej Vokasional mengenai suasana pembelajaran di universiti awam, selain memperkenalkan program-program pengajian yang relevan untuk lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di UMPSA.
 
Pihak universiti berharap kunjungan ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik serta menjadikan UMPSA sebagai destinasi pilihan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network