Official Website    

Lawatan Penanda Aras Kolej Pengajian Kejuruteraan (Elektrik) UiTM Cawangan Terengganu Ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, UMPSA

Lawatan Penanda Aras Kolej Pengajian Kejuruteraan (Elektrik) UiTM Cawangan Terengganu Ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, UMPSA

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berbesar hati menerima lawatan penandaarasan daripada wakil Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Sistem Pintar Elektronik) dengan Kepujian, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh pelaksanaan kurikulum dan pengajaran dalam bidang sistem pintar elektronik yang selari dengan kehendak industri semasa. Diharapkan lawatan ini dapat membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa pendidikan kejuruteraan, khususnya dalam bidang teknologi pintar dan aplikasi IR 4.0.

Turut hadir sama Dekan, Profesor Ts. Dr. Hamzah Bin Ahmad , Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Dr. Noor Zirwatul Ahlam binti Naharuddin, Ketua Program (Teknologi Kejuruteraan Elektronik - Sistem Komputer),Dr. Nur Aqilah Binti Othman, Ketua Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dengan Kepujian, Ir. Dr. Ruhaizad Bin Ishak, Ketua Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian.

Penyampaian cenderamata disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa)
Manakala delegasi UiTM diketuai Ir. Dr. Ilham Rustam,Ketua Pusat Pengajian,Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi MARA (Cawangan Terengganu) serta Dr Dayana Kamaruzaman, Pengarah Program B.Eng. Tech. (EEE250), dan Norhayati Ahmad, Setiausaha B.Eng. Tech. (EEE250).

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network