Official Website    

Lawatan Naib Canselor UMPSA ke EduCreator Studio FTKEE

Lawatan Naib Canselor UMPSA ke EduCreator Studio FTKEE

Kesinambungan Sesi Townhall Naib Canselor UMPSA bersama warga FTKEE diteruskan dengan lawatan ke EduCreator Studio FTKEE, sebuah projek inovasi yang pernah meraih Anugerah Emas dan tempat kedua dalam Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UMPSA 2024.
 
Lawatan ini memberi peluang kepada Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias melihat sendiri inisiatif digital dan teknologi pendidikan yang dibangunkan bagi menyokong pengajaran, pembelajaran serta pemerkasaan TVET selari dengan agenda pendidikan masa hadapan UMPSA. Dalam masa yang sama, pasukan EduCreator Studio FTKEE turut bakal mewakili UMPSA ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke-18 yang akan berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
 
Semoga pasukan FTKEE terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama UMPSA di peringkat nasional.
 
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network