Kerjaya Anda Bermula Di UMPSA , Inspirasi dan Panduan dari Industri Semikonduktor
5 Ogos 2025- Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) telah menerima kunjungan Encik Mohd Jeffery Bin Abdull Manaf, Senior Director of Production, Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd., yang menyampaikan syarahan di Dewan Kuliah 3 (DK3). Perkongsian beliau meliputi pelan kerjaya dalam industri semikonduktor, peluang latihan industri, jawatan juruteknik dan jurutera, serta panduan terus mengenai kriteria yang dicari oleh MNC seperti Infineon. Infineon Technologies (Kulim) merupakan MNC Jerman yang menempatkan kilang Silicon Carbide (SiC) terbesar di dunia di Kulim, Malaysia.
Selain sesi di DK3, Encik Mohd Jeffery turut berkongsi pandangan, pengalaman dan motivasi bersama pelajar Ijazah Dual Kejuruteraan Elektrik, Automotif & Mekatronik di Pekan (Pusat Bahasa Moden), pelajar Ijazah Dual Kejuruteraan Kimia & Industrial Management di Gambang (Fakulti Pengurusan Industri), serta menghadiri perbincangan kolaborasi bersama staf FTKEE, FIM dan Fakulti Kejuruteraan Kimia. Program ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu Diploma FTKEE mengenai perkembangan terkini industri semikonduktor, laluan kerjaya yang tersedia, dan kemahiran yang diperlukan untuk menepati standard syarikat multinasional (MNC) terkemuka.
Diharapkan melalui penganjuran program ini, pelajar bukan sahaja memperoleh gambaran jelas mengenai keperluan dan peluang dalam industri, malah dapat mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan bagi melangkah ke alam pekerjaan dengan lebih yakin dan berdaya saing. Turut hadir Dr. Nur Aqilah Binti Othman Ketua Program Kejuruteraan Elektrik (Elektronik).