Kembara Lestari @ Kota Tinggi Johor 2025
Program anjuran Yayasan UMPSA ini menyaksikan penglibatan aktif staf FTKEE, Pusat TVET TERMAJU, dan pelajar UMPSA sebagai Jawatankuasa Pelaksana di bawah Kluster Teknologi: Pemasangan Solar & Penyelenggaraan Elektrik.
Antara sumbangan teknikal pasukan kami pemasangan sistem solar untuk 2 gazebo di Taman Botani, Felda Lok Heng dan menyelesaikan masalah pendawaian elektrik di Pusat Latihan Komuniti Felda Lok Heng. Program ini bukan sahaja memanfaatkan komuniti setempat, malah memperkasa kemahiran teknikal serta nilai kesukarelawanan warga UMPSA.
Setinggi penghargaan kepada tenaga sukarelawan terlibat Ts. Mohd Azlan (Pusat TVET TERMAJU),Ts. Salmizan (FTKEE)dan Mohd Zahir Salim (FTKEE).