Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik UMPSA memenangi Anugerah Fakulti Terbaik Tahun 2024 kategori Perundingan
Bengkel Pelan Strategik JPI 2026 - 2030
21 Feb 2025, Bengkel Pelan Strategik JPI 2026 - 2030 telah berlangsung dengan penyertaan semua pengurusan JPI, Dekan Fakulti/ Pusat dan Pengarah CoE. Bengkel yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk merangka perancangan strategik jabatan dengan menetapkan hala tuju, mengenal pasti isu-isu operasi strategik di setiap peringkat serta merangka strategi-strategi baharu ke arah merealisasikan visi, misi dan objektif jabatan yang telah ditetapkan bagi tempoh lima (5) tahun dan seterusnya bagi memperkasakan Pelan Strategik UMPSA agar JPI kekal relevan sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi.
Sesi pertama telah dimulai dengan amanat dan aspirasi oleh Profesor Ts. Dr. Aida binti Mustapha, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang fokus kepada arah hala tuju penyelidikan dan inovasi universiti 2026 - 2030.
Sehubungan itu, sebanyak enam anugerah kecemerlangan fakulti tahun 2024 telah disampaikan kepada Dekan Fakulti . FTKEE telah menerima anugerah seperti berikut:
ANUGERAH FAKULTI TERBAIK TAHUN 2024 PERUNDINGAN - FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang sentiasa komited dalam menjana pemikiran inovatif dan menyumbang kepakaran dalam membantu penghasilan draf Pelan Strategik JPI 2026 - 2030 yang mantap dan komprehensif.
Kredit : UMPSA Research & Innovation