Bengkel - "OBE Enhancement and Constructive Alignment Training"
"Memantapkan OBE, Menyelaraskan Penilaian!" – Bengkel "OBE Enhancement and Constructive Alignment Training" untuk meningkatkan kefahaman pensyarah FTKEE dalam pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE).
Telah diadakan pada 7 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Utama FTKEE. Sesi ini telah dikendalikan oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Khairil Rahmat, Pengarah Center for Research and Innovation, UniKL.
Beliau merupakan Council Member (Electrical Engineering) bagi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC), BEM dan berpengalaman luas sebagai Head of Accreditation Panel (Electrical Engineering), ETAC, BEM sejak tahun 2015 hingga sekarang.
Objektif pelaksanaan adalah untuk Memperkukuh Kefahaman Outcome-Based Education (OBE), Memberi pendedahan mendalam kepada pensyarah FTKEE mengenai konsep, prinsip, dan pelaksanaan OBE dalam kurikulum akademik. Menyelaras Matlamat Pembelajaran dengan Penilaian – Memastikan keselarasan antara Course Outcomes (CO), Program Outcomes (PO), dan kaedah penilaian melalui pendekatan constructive alignment. Disamping itu Mengoptimumkan Penggunaan Rubrik Penilaian, Membangunkan rubrik penilaian yang lebih komprehensif dengan mengambil kira elemen Broadly Defined (SP) dan Engineering Activity Attributes (TA).
Tambahan pula untuk Mendapatkan Input Daripada Pakar – Mengumpul maklum balas dan cadangan daripada panel pakar untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan OBE dalam program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Tenaga) - BTE.
Harapan pelaksanaan supaya Pensyarah lebih bersedia dan yakin dalam melaksanakan OBE serta menilai pencapaian pelajar dengan lebih berstruktur dan berkesan. Manakala Rubrik penilaian yang lebih holistik dapat dibangunkan bagi memastikan setiap Program Outcome (PO) diukur dengan tepat dan selaras dengan standard ETAC 2024. Demi Menjamin kelangsungan akreditasi ETAC bagi program BTE dengan menyediakan laporan maklum balas yang lengkap dan memenuhi piawaian badan akreditasi serta Meningkatkan kefahaman dan kesedaran akademik terhadap kepentingan constructive alignment dalam merangka kurikulum dan strategi penilaian.
Turut hadir Profesor Madya Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar)