Bengkel Digital Making Bersama UMPSA STEM Lab
FTKEE melalui UMPSA STEM Lab berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran bagi menjayakan Program Kemahiran Reka Bentuk Digital yang telah berlangsung di FTKEE, UMPSA.
Program ini menghimpunkan wakil daripada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPN Pahang, PPD Maran serta pengetua, guru besar dan guru-guru daripada 13 buah sekolah sekitar Daerah Maran bagi meneroka pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi dan kemahiran digital yang selari dengan keperluan pendidikan masa hadapan. Turut hadir memeriahkan program ialah Dekan FTKEE yang menyampaikan ucapan alu-aluan serta berkongsi aspirasi fakulti dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan komuniti sekolah.
Semoga jalinan kerjasama antara UMPSA, JPN Pahang dan PPD Maran ini terus diperkukuh dalam usaha melahirkan generasi celik teknologi, kreatif dan berdaya saing melalui pendidikan STEM yang berkualiti.
