Official Website    

Knowledge Sharing Session: General background and research/ projects involved in Pharmaceutical and Biomedical Engineering

Knowledge Sharing Session: General background and research/ projects involved in Pharmaceutical and Biomedical Engineering

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

FTKEE menjemput staff yang berkelapangan untuk menyertai sesi Knowledge Sharing oleh Dr. Mohd Amir Shahlan bin Mohd Aspar. Maklumat mengenai sesi Knowledge Sharing ini adalah seperti berikut:

Tajuk: Self introduction: General background and research/projects involved in pharmaceutical and biomedical engineering
Penceramah: Dr. Mohd Amir Shahlan Bin Mohd Aspar,  PhD (UMP), Master (UM), Bachelor (UTM)
Tarikh: 16 Jun 2021 (Rabu)
Masa: 3-4 petang
GoogleMeet: https://meet.google.com/ryu-nfdc-yns

LIVE DARI PAHANG: BICARA NGO BERSAMA HALUAN & YAYASAN AMAL MALAYSIA

LIVE DARI PAHANG: BICARA NGO BERSAMA HALUAN & YAYASAN AMAL MALAYSIA

YADIM TV dan YADIM Pahang membawakan BICARA NGO BERSAMA HALUAN & YAYASAN AMAL MALAYSIA

Tarikh : 14 Jun 2021 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Platform : Fb Yadim Pahang, FB Yadim Official dan FB Yadim Negeri.

 Ahli Panel :
1. TS. DR. MOHD SHAFIE BIN BAKAR
(Pensyarah Kanan FTKEE UMP merangkap Yang Dipertua HALUAN Cawangan Pahang, )
2. USTAZ ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMAD
(Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Pahang)

Jangan lupa like dan follow page YADIM Pahang https://www.facebook.com/YADIMPahang/ untuk lebih banyak lagi maklumat mengenai program program kami.

Subscribe juga YouTube YadimTV https://youtube.com/user/YadimTV untuk video-video terkini. 

Webinar: Principle of digital holography and its application in cell imaging

Webinar: Principle of digital holography and its application in cell imaging

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

FTKEE menjemput staff yang berkelapangan untuk menyertai sesi Knowledge Sharing oleh Dr. Syukran Hakim bin Norazman. Maklumat mengenai sesi Knowledge Sharing ini adalah seperti berikut:

Tajuk: Principle of digital holography and its application in cell imaging
Penceramah: Dr. Syukran Hakim bin Norazman, PhD. (Tokyo Institute Of Technology)
Tarikh: 9 Jun 2021 (Rabu)
Masa: 3-4 petang
GoogleMeet: https://meet.google.com/rbf-sxbv-rgv

Sekian, terima kasih.

Pensyarah FTKEE UMP Terima Geran Penyelidikan Pelaksanaan Projek Cyberjaya Smart City

Pensyarah FTKEE UMP Terima Geran Penyelidikan Pelaksanaan Projek Cyberjaya Smart City

Pensyarah FTKEE telah menerima geran penyelidikan ‘Industry Promotion and Development. Grant (IPDG)’ daripada Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dan Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) bernilai RM200,000.00 dalam Pelaksanaan Projek Cyberjaya Smart City.

Kumpulan penyelidik daripada Pusat Teknologi Sensor yang diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim akan menjalankan kajian ‘Vision Based Intelligent Traffic Monitoring System (VBITMS)’ bagi membantu agensi berkaitan dalam penyediaan data analitik, perancangan jalan dan trafik, pembangunan kawasan perniagaan dan kemudahan di samping impak pengeluaran kesan karbon dari kenderaan.

Program yang dijalankan secara dalam talian pada 1 Mac 2021 yang lalu menyaksikan Naib Canselor UMP, Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi kerjasama pelaksanaan projek ini.

Dalam tempoh projek ini dijalankan, kumpulan penyelidikan ini akan ditempatkan di CoInnov8 iaitu ruang pejabat ‘Start-Up’ di Cyberview Sdn Bhd untuk menjalankan kajian serta meningkatkan kerjasama dan kolaborasi dengan pihak industry bagi mempercepatkan inovasi bandar pintar Cyberjaya.

Ahli kumpulan:

  • Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim
  • Dr. Mohd Rizal Othman
  • Dr. Afif bin Mohd Faudzi
  • En. Muhammad Salihin Saealal
  • Cik Norasyikin Fadilah

Majlis penganugerahan & menandatangani perjanjian online:

https://www.facebook.com/TechnicalStandardsForum/videos/483043289385210/

MESYUARAT PERKEMBANGAN PROJEK GERAN INDUSTRI YPPH-UMP

MESYUARAT PERKEMBANGAN PROJEK GERAN INDUSTRI YPPH-UMP

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah), PM Dr Mohd Mawardi bin Saari, pada 6 Mei 2021, juga memberi peluang berdialog dengan staf YPPH dalam membantu industri perladangan dengan bantuan teknologi terkini melalui projek sistem pengairan air solar di bawah geran industri yang dibiayai oleh YP Plantation Holdings Sdn Bhd.

Selesai mesyuarat, staf YPPH di bawa ke tapak semaian cubaan yang dibangunkan di kawasan FTKEE sebagai pilot system, sebelum sistem yang dibangunkan akan dipasang di tapak semaian kecil kelapa sawit kepunyaan YPPH di Tanjung Gemok, Rompin, Pahang.

Demonstrasi dan penerangan sistem telah diterangkan oleh Aiman Safwan bin Ahmad Suffian dan Mohamad Syazwan bin Mohd Roni, 2 pelajar BTE yang sedang menjalani Latihan Industri di YPPH di bawah geran industri ini.

Photo3

Penerangan dan demonstrasi sistem oleh 2 pelajar BTE yang sedang menjalani Latihan Industri di YP Plantation Holdings Sdn Bhd di bawah projek geran industri.

 

Staf yang terlibat:

1. TS. DR. ROSHAHLIZA BINTI M RAMLI (KETUA PROJEK)

2. PROF. DATO’ DR. MORTAZA BIN MOHAMED

3. TS. DR. WAHEB ABDUL JABBAR

4. TS. WAN HASSAN BIN WAN HAMAT

5. 10 PELAJAR SENIOR DESIGN PROJECT

6. 5 STAF YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD (diketuai oleh

7. Ketua Jabatan Perladangan, Tn Nik Rauzi bin Che Ya @ Nik Halim)

 

WEBINAR: SESUDAH PUASA, APA DIA?

WEBINAR: SESUDAH PUASA, APA DIA?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan program pengukuhan organisasi Jabatan Hal Ehwal Pelajar MAGNET HATI@JHEP: "Santapan Minda,Sentuhan Rohani" akan diadakan secara atas talian https://meet.google.com/jbr-ifbj-xho.

Dijemput kepada semua untuk mengimarahkan majlis Ilmu ini.

Mata CPD adalah disediakan pada mereka yang hadir.

Segala kerjasama amatlah dihargai.

JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL LATIHAN MICROSOFT TEAMS BERSAMA MICROSOFT MALAYSIA

JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL LATIHAN MICROSOFT TEAMS BERSAMA MICROSOFT MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YH Dato'/Ybhg Datin/ Prof/Prof Madya/Dr./Ir./Ts./ Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan, Microsoft Technology Trainer (ADOPTIO SDN BHD) dengan kerjasama Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menganjurkan webinar berkenaan Microsoft Teams kepada pelajar dan staf di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Perincian bagi bengkel ini adalah sepertimana berikut :

Tarikh : 18/5/2021 – 19/5/2021

Masa : 9:00 Pagi – 13:00 Tengahari

Lokasi : Online Training via Teams Live Event

CPD disediakan kepada staf yang hadir sesi bengkel ini

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak pengurusan dan warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Universiti Malaysia Pahang.

ONLINE TRAINING SESSION ON SUBSCRIBED LIBRARY ONLINE DATABASES

ONLINE TRAINING SESSION ON SUBSCRIBED LIBRARY ONLINE DATABASES

Dear users,
We are pleased to inform you that library will conduct an Online Training Session by Publishers to all UMP students and lecturers. Students and lecturers who are interested to join may click the link below:

1. VITALSOURCE EXPLORE (E-TEXTBOOK)
Date & Time : 5 May 2021 (Wednesday) / 10.30 am
Link : https://bit.ly/3xwJWL2

2. SAE
Date & Time : 20 May 2021 (Thursday) / 10.30 am
Link : Link will be provided soon

3. SPRINGERLINK (JOURNAL & E-BOOKS)
Date & Time : 25 May 2021 (Tuesday) / 10.30 am
Link : https://bit.ly/3xvmC0f

4. TURNITIN (LECTURER ONLY)
Date & Time : 27 May 2021 (Thursday) / 10.30 am
Link : https://bit.ly/3tUr9am

5. TURNITIN (STUDENT ONLY)
Date & Time : 27 May 2021 (Thursday) / 2.30 pm
Link : https://bit.ly/3t2hmOe

6. IEEE
Date & Time : 1 June 2021 (Tuesday) / 10.30 am
Link : https://bit.ly/3aKdgUM

7. TAYLOR & FRANCIS
Date & Time : 9 June 2021 (Wednesday) / 10.30 am
Link : Link will be provided soon

8. WEB OF SCIENCE (WOS)
Date & Time : 15 June 2021 (Tuesday) / 10.30 am
Link : Link will be provided soon

By attending this training, you are able to understand how to search valuable information and resources for your study and research.
Thank you.

Siri Bicara Profesional

Siri Bicara Profesional

Pada tanggal 3 Mei 2021, Educreator Studio @FTKEE UMP telah dikunjungi insan hebat yang bersederhana, Ustaz Ebit Lew. 

Sekalung penghargaan dari warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atas kunjungan beliau untuk Siri Bicara Professional ini.

Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my