Sekitar Majlis 'Industry Talk' Bersama Infineon Technologies

Sekitar Majlis 'Industry Talk' Bersama Infineon Technologies

Sesi perkongsian ilmu bersama Mr. Philipp Koch dari Infineon Technologies (Kulim) telah berjaya diadakan pada 6 Januari 2025 di Dewan Kuliah 3, FTKEE. Fokus utama adalah 'SiC Material, Processing, and Device Design Considerations', memberikan pandangan berharga tentang teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Silicon Carbide (SiC) adalah bahan semikonduktor yang sangat menarik dalam industri elektronik, terutamanya untuk aplikasi yang memerlukan kecekapan tinggi dan ketahanan terhadap suhu ekstrem.

Kepentingan Teknologi SiC memainkan peranan penting dalam teknologi moden, khususnya dalam, Kenderaan elektrik (EV) untuk meningkatkan kecekapan dan jarak perjalanan, Grid Tenaga dalam pengurusan kuasa dan sistem tenaga boleh diperbaharui serta Aeroangkasa untuk aplikasi berteknologi tinggi dengan keperluan suhu dan voltan yang tinggi.
Menerusi sesi seperti ini, diharapkan lebih ramai pelajar dan staf dapat memperoleh wawasan industri terkini, sekali gus mengukuhkan hubungan strategik antara universiti dan industri untuk melahirkan inovasi serta tenaga kerja berdaya saing.

Turut hadir Profesor Ts. Dr. Abdul Adam Bin Abdullah, (Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan) mewakili Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Profesor Madya Dr. Izwan Bin Ismail, (Pengarah Pusat Kerjaya UMPSA). Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, (Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik) barisan pengurusan FTKEE, pensyarah-pensyarah kanan FTKEE dan pelajar.


Cetak   Emel