Bengkel Industri-Akademia: Kolaborasi Bersama Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd.
FTKEE UMPSA dengan bangga menganjurkan bengkel selama dua hari, 6-7 Januari 2025, yang memberi peluang untuk mendalami teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, sambil memperkukuhkan jalinan kerjasama antara industri dan akademia.
Bengkel ini akan membantu FTKEE menerina pendedahan kepada teknologi terkini dan cabaran industry secara terus dari pihak Infineon.Disamping peluang pemindahan ilmu daripada pakar industri kepada staf dan pelajar dalam masa yang sama perkongsian pandangan untuk merangka inovasi serta memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan. Melalui bengkel ini, kami berharap dapat membentuk lebih banyak sinergi antara UMPSA dan industri untuk memperkasa pembangunan graduan serta menyokong agenda pembangunan teknologi negara.