UMPSA di Tangga 601-800 Terbaik Dunia Dalam Penarafan Times Higher Education (The) World University Rankings 2025

UMPSA di Tangga 601-800 Terbaik Dunia Dalam Penarafan Times Higher Education (The) World University Rankings 2025

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya mengekalkan dan tersenarai dalam penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025 di kedudukan 601-800 terbaik di dunia.

Kejayaan ini menyaksikan UMPSA berada di kedudukan #8 terbaik di Malaysia dan #1 terbaik dalam kalangan Malaysia Technical University Network (MTUN). Keputusan penarafan berkenaan telah diumumkan oleh pihak Times Higher Education (THE) pada hari ini, 9 Oktober 2024.

Times Higher Education (THE) World University Rankings adalah sistem penarafan peringkat global yang menilai prestasi Universiti di seluruh dunia berdasarkan Indikator:


- Teaching (29.5%)
- Research Environment (29%)
- Research Quality (30%)
- International Outlook (7.5%)
- Industry (4%)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga UMPSA di atas pencapaian tersebut.


Print   Email