Seminar Pembentangan MEE4026 Engineering Project 2 bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari)
Kursus MEE4026 Engineering Project 2 adalah salah satu kursus teras dalam program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari). Pembentangan akhir (viva voce) adalah output wajib bagi kursus ini dimana jumlah pemarkahan adalah 40% daripada keseluruhan penilaian.
Objektif pelaksanaan untuk membolehkan pemeriksa memastikan bahawa tesis dan penyelidikan yang dilaporkan adalah hasil kerja pelajar sendiri, memberikan peluang kepada pelajar untuk mempertahankan hasil kerja penyelidikan mereka secara lisan, menjelaskan sebarang isu yang telah dikenal pasti oleh pemeriksa dan membincangkan subjek penyelidikan dalam konteks disiplin yang lebih luas dan memastikan bahawa pengetahuan dan pemahaman calon tentang subjek adalah daripada standard yang diharapkan untuk penganugerahan ijazah.