Semester Baharu, Semangat Baharu!

Semester Baharu, Semangat Baharu!

Telah berlangsung Sesi Taklimat Awal Semester 2024 oleh Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan FTKEE pada 4 Oktober 2024.Taklimat menekankan kepentingan kerjasama dan komitmen berterusan daripada semua staf dan tenaga pengajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan pembangunan fakulti.

Objektif utama adalah untuk memperkukuh keberkesanan pengajaran, inovasi kurikulum, dan sokongan kepada pelajar. Dekan turut menyuarakan harapan agar semua warga fakulti bersedia menghadapi cabaran baharu, sambil memastikan visi dan misi FTKEE terus dilaksanakan dengan penuh dedikasi.

Turut hadir ketua-ketua program, pensyarah kanan, jurutera pengajar dan staf pentadbiran FTKEE.


Print   Email