Selamat Datang Bakal Jurutera ke FTKEE UMPSA

Selamat Datang Bakal Jurutera ke FTKEE UMPSA

Selamat datang kepada pelajar baharu ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE)! Hari pertama sesi suai kenal berlangsung dengan penuh semangat bersama Dekan dan barisan pengurusan fakulti. Dalam ucapannya, Dekan FTKEE menekankan kepentingan disiplin dan usaha berterusan untuk mencapai kejayaan. Fakulti berharap agar setiap pelajar baharu dapat mencipta kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah, serta bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam bidang teknologi. Semoga langkah pertama ini menjadi pemangkin kepada masa depan yang gemilang di UMPSA umumnya dan FTKEE khasnya.


Walaupun MINDS/HSK di anjurkan dan diruskan oleh JHEPA diperingkat universiti, namun terdapat slot khas yang diperuntukan bagi setiap fakulti untuk membolehkan maklumat terperinci berkenaan program pengajian disampaikan secara lebih khusus dan berkesan kepada pelajar. Oleh itu, MINDS/HSK ini merupakan wadah bagi para pelajar baharu untuk menyesuaikan diri disamping mendapatkan maklumat secara terus daripada ketua program dan penasihat akademik masing-masing sebelum memulakan sesi kuliah.


Print   Email