Penyelidik FTKEE UMPSA Jalin Kerjasama dengan Industri Terokai Inovasi Pertanian Pintar

Penyelidik FTKEE UMPSA Jalin Kerjasama dengan Industri Terokai Inovasi Pertanian Pintar

Penyelidik FTKEE UMPSA dan DSR Fruits Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama strategik sebagai satu lagi langkah penting dalam usaha memajukan bidang akademik dan penyelidikan.

Menurut Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha, Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani ini berteraskan beberapa bidang kerjasama penting, termasuk inovasi ladang durian melalui teknologi pintar, penyelidikan bersama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui untuk kelestarian ladang durian dan pembangunan teknologi sensor tempatan untuk pengesanan awal bahan logam berat di dalam buah durian.

Majlis yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) itu menyaksikan Profesor Ts. Dr. Aida menandatangani dokumen kerjasama bersama Ketua Pegawai Eksekutif DSR Fruits Sdn. Bhd., Dato' Ng Lian Poh.

Hadir sama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Profesor Ts. Dr. Hamdan Daniyal dan ketua penyelidik bagi projek ini iaitu Ts. Dr. Mohd Shafie Bakar.

Sumber: LINK


Print   Email