Kolaborasi FTKEE , BKIM, PRINT UMP dan Bosch Rexroth dalam pembangunan bidang kejuruteraan automasi

Kolaborasi FTKEE , BKIM, PRINT UMP dan Bosch Rexroth dalam pembangunan bidang kejuruteraan automasi

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM), Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Teknologi (PRInT) Universiti Malaysia Pahang (UMP) metrai kerjasama dengan Bosch Rexroth Sdn Bhd (Bosch Rexroth) dalam aktiviti pembangunan kurikulum ke arah universiti -industri. Kerjasama ini akan melibatkan latihan industri, pertukaran pelajar dan tawaran kursus pembelajaran yang ditambahbaik, menjadikan modul latihan industri 4.0 berasaskan pensijilan dari Jerman sebagai rujukan.
 
Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Prof Dato Ts Dr Yuserie Zainuddin bertukar memorandum persefahaman (MOU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bosch Rexroth Malaysia , Darren Chan Chon Hoe. Menurut Prof Dato Ts Dr Yuserie, melalui Bosch Rexroth Academy di Jerman kerjasama ini melibatkan penempatan pelajar amali dengan penggunaan peralatan di Malaysia dan luar negara dan program pensijilan kepada pelajar khususnya dalam program Sarjana Muda Teknologi, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UMP. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin dan Dekan FTKEE, Prof Madya Dr Hamdan Daniyal serta wakil pengurusan tertinggi universiti.
 

Print   Email