FTKEE UMPSA Rakan Kolaborasi RBTX Petrosains Challenge 2024 Peringkat Zon Timur

FTKEE UMPSA Rakan Kolaborasi RBTX Petrosains Challenge 2024 Peringkat Zon Timur

Seramai lebih 500 peserta dari pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dari Pahang, Kelantan dan Terengganu hadir bagi menyertai pertandingan pada hari ini dan bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. 3 kategori utama yang dipertandingkan iaitu Robo Tracer, Robo Sumo dan Innovation.
 
UMPSA melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) bekerjasama dalam menjayakan program pada hari ini dan terlibat secara langsung sepanjang program dan kerjasama dari staf sebagai sukarelawan program. Syabas kepada Ketua Program ini, Profesor Madya Ir. Dr Nurul Hazlina Binti Noordin.
 
RBTX Petrosains Challenge 2024 ialah acara untuk semua peminat robotik berkumpul bagi bersaing dan melawan ciptaan robot mereka. Ia juga bertujuan untuk terus menyediakan platform universal untuk semua lapisan masyarakat untuk belajar, meneroka dan bertukar pengetahuan dan idea tentang robotik dan aplikasinya terhadap kehidupan sebenar.
 
Cabaran RBTX Petrosains 2024 ialah inisiatif yang dianjurkan oleh Petrosains dan diperakui oleh Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis perasmian RBTX Petrosains Challenge 2024 Peringkat Zon Timur 2024 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Encik Ahmad Zamri Md Isa. Penampilan istimewa persembahan Choral Speaking dari Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH pekan). Hadir sama, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Encik Ahmad Shazly Ramli dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Prof Ts Dr Hamdan Daniyal.

Print   Email