FTKEE Sertai Karnival Pendidikan Dan Kerjaya Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Timur Tahun 2024.

FTKEE Sertai Karnival Pendidikan Dan Kerjaya Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Timur Tahun 2024.

FTKEE UMPSA terlibat dengan aktif sebgai Pempamer Pameran dan Showcase Sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Timur Tahun 2024 berlangsung di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan sebagai pempaper pada 27 dan 28 Oktober 2024. Program ini melibatkan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Zon Timur dimana menjadi potensi kepada pihak FTKEE menemui bakal-bakal pelajar yang akan memilih FTKEE, UMPSA.

Pelbagai demonstrasi peralatan penyelidikan dilaksanakan kepada pelajar antaranya dron,simulasi pemanduan dron, wireless timing gate, dan portable solar. Sukarelawan pelajar turut terlibat kali ini Muhammad Haniff Bin Gusrial (MFZ24004), Hishamfickry Bin Hishammizar (TB23027), Muhammad Hafiz Bin Abdul Razad (TB23025). Turut serta staf-staf dari FTKEE menyantuni pelajar-pelajar ini iaitu Dr. Nur Aqilah binti Othman, Ketua Program (BHE), Ts. Dr. Mohd Shawal bin Jadin, Ketua Program (Pengembangan Ilmu dan Sarjana), Ts. Dr. Mohammad Fadhil bin Abas, Ts. Dr. Mohd Shafie bin Bakar dan Puan Nor Farizan binti Zakaria.


Print   Email