Bicara Industri: Trend Terkini Dalam Dunia Pekerjaan (Infineon Technologies Sdn Bhd)
Telah berlangsung pada 12 Disember 2024 bicara industri bersama Encik Mohd Jeffery bin Abdul Manaf yang merupakan Ahli Lembaga Pengajian Program Kerjasama Akademik Jerman (LPKA) - German Board of Studies Committee, CEO@Faculty Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah serta menjawat jawatan Pengarah Kanan di Infineon Technologies Sdn Bhd. Antara sesi perkongsian maklumat kerjaya terkini dan peluang masa depan serta pendedahan kepada industri global.
Program ini diharap membuka laluan lebih cerah kepada pelajar untuk menyertai industri semikonduktor global, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memberikan pendedahan pengalaman sebenar dalam dunia kerjaya!
Turut hadir Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan FTKEE dan Dr. Nur Aqilah Binti Othman, Ketua Program Dual Degree (Jerman).