FTKEE WECON | Mini Process Plant Laboratory
Mini Process Plant Laboratory di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), sebuah makmal automasi industri berteknologi tinggi yang mengintegrasikan 23 jenis peralatan industri dalam satu ekosistem automasi proses yang komprehensif. Pembangunan makmal ini merupakan hasil reka bentuk dan kepakaran dalaman 10 orang pakar yang terdiri daripada pensyarah serta pasukan teknikal FTKEE, diketuai oleh Penyelaras Program Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri, Ir. Ts. Mohamad Rahimi Mohamed Rodzi.
Melalui pendekatan reka bentuk sendiri (self-designed), peruntukan sebanyak RM900,000 bagi penggantian peralatan usang berjaya dioptimumkan untuk menghasilkan sebuah fasiliti latihan bersepadu yang menggabungkan teknologi automasi, instrumentasi, kawalan proses dan pendigitalan industri.
Makmal ini turut mengintegrasikan teknologi pelbagai pengeluar antarabangsa termasuk WECON, Siemens dan Omron melalui pendekatan vendor-agnostic yang membolehkan sistem daripada pelbagai platform berkomunikasi dan beroperasi secara bersepadu.
