[UMPSA NEWS] Penyelidik UMPSA Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari Hasilkan iSenseFishery Sistem Pengurusan Akuakultur Berasaskan AI
PEKAN, 22 Januari 2025 – Umum mengetahui bahawa industri akuakultur adalah antara penyumbang terbesar bagi industri makanan laut.
Namun di Malaysia, antara cabaran utama industri akuakultur adalah ketidaktentuan kualiti air, kos operasi yang tinggi dan kesukaran untuk memantau secara terus-menerus keadaan ladang ikan.
Melihat kepada cabaran utama tersebut, Felo Penyelidik Utama Pusat Teknologi Industri Termaju yang juga Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari Ghazali telah menghasilkan iSenseFishery iaitu sistem pengurusan akuakultur berasaskan kecerdasan buat¬an (AI).
Menurut Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari, teknologi sensor dan pembelajaran mesin dilihat sebagai penyelesaian bagi meningkatkan pengurusan dan keberkesanan operasi akuakultur, dengan memberikan data yang tepat dan boleh diakses secara masa nyata untuk keputusan yang lebih baik.
Sumber: LINK