Sistem Aduan Kecemasan Pelajar Ditimpa Bencana Banjir

Sistem Aduan Kecemasan Pelajar Ditimpa Bencana Banjir

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mewujudkan satu sistem aduan "RES-Q" bagi pelajar yang terlibat dengan sebarang bencana seperti banjir, tanah runtuh, atau kebakaran.

Pelajar diminta untuk melengkapkan maklumat bencana di ruangan 'STUDENT RES-Q' bagi menyalurkan sebarang bantuan yang diperlukan oleh mahasiswa yang ditimpa bencana terutamanya pelajar yang menetap di luar kampus atau yang menghadapi masalah untuk pulang ke kampus akibat bencana.

Sistem 'STUDENT RES-Q' boleh diakses melalui pautan di bawah.

https://std-comm.ump.edu.my/ecommstudent/studentResQ/index.jsp

Atau hubungi Hotline Bencana UMPSA;

09-4319999
09-4315005
09-4315065


Cetak   Emel