Produk komersial Penyelidik FTKEE UMP dipamerkan pada Program Petronas Collaboration With Higher Education Strategic Initiatives (CHESS) Symposium 2023

Produk komersial Penyelidik FTKEE UMP dipamerkan pada Program Petronas Collaboration With Higher Education Strategic Initiatives (CHESS) Symposium 2023

Program CHESS Symposium yang dianjurkan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ini merupakan inisiatif bagi memperkasakan jalinan hubungan antara akademia dan industri.

Ucaptama program ini disampaikan oleh Profesor Dr. Azlinda Rahman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Selain Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Petronas dan Universiti Malaysia Pahang (UMP), produk komersial UMP melalui penyelidik FTKEE iaitu Profesor Madya Dr. Muhammad Sharfi Najib turut dipamerkan iaitu Electronic Nose (E-Nose).

Selain UMP, 20 universiti lain turut sama terlibat di dalam program CHESS Symposium ini.

Terima kasih kepada Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Naib Canselor dan Profesor Ts. Ir. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) yang hadir ke reruai UMP.

#UMPComercial
#UMPResearch
#umpinnovation
#umppower

Sumber rujukan: Link

 


Cetak   Emel