Majlis Pelancaran Dronekubator Zon Timur

Majlis Pelancaran Dronekubator Zon Timur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Ir./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Dronekubator Zon Timur pada 27 Ogos 2024.

Butiran program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 Ogos 2024 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Blok 1, FTKEE UMPSA Pekan

Sehubungan itu, semua warga UMPSA adalah dijemput untuk menyertai majlis ini. Segala kerjasama YH Dato’ / YBhg. Datin /Prof/Ir./Ts./Dr./ Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Cetak   Emel