Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang dan Lonjakan Prestasi Rai Pelajar Berpotensi
Majlis yang merupakan program penganugerahan dan penghargaan kepada mahasiswa FTKEE adalah satu platform untuk meraikan mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang iaitu GPA 3.50 dan keatas dan juga bagi mahasiswa yang mempunyai lonjakan prestasi yang baik sepanjang sesi akademik 2023/2024. Lonjakan prestasi ini akan dinilai dari peningkatan prestasi semasa sesi akademik sem 1 2023/2024 dan sem 2 2023/2024.
Pengiktirafan dan penghargaan secara profesional kepada mahasiswa FTKEE yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi akademik 2023/2024 ini. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk meningkatkatkan semangat daya saing pelajar dalam pelajaran dan memupuk kerjasama sesama warga FTKEE dalam membantu mahasiswa dalam bidang akademik.
Hadir menyampaikan anugerah Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan FTKEE. Turut sama barisan pengurusan FTKEE antaranya, Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Bin Sulaiman, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah), Dr. Norazila Binti Jaalam, Ketua Program (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)), Ts. Dr. Zainah Binti Md. Zain,Ketua Program (Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal)), Dr. Suliana Binti Ab Ghani, Ketua Program (Pembangunan Pelajar).