Lawatan Kerjasama Industri FTKEE UMPSA ke Kilang Pemasangan Kenderaan Mercedes-Benz
Beberapa program dari fakulti ini telah berpeluang melawat kilang Mercedes-Benz Pekan. Lawatan turut dihadiri Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal (Dekan), Profesor Madya Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi (Timbalan Dekan Akademik) dan Ketua-ketua Program antaranya Dr. Nur Aqilah Binti Othman (BHE), Dr. Norazila Binti Jaalam (BEL), Ts. Dr. Zainah Binti Md. Zain (BTE) serta Dr. Noor Zirwatul Ahlam Binti Naharuddin (BTS) dari FTKEE UMPSA.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh En. Nordin Awalluddin, General Manager of Quality Management, yang berkongsi tentang pengurusan dan operasi kilang ini. Turut hadir, En. Mohd Ubaidallah Abd Rashid, Manager, Quality Management, bersama Ts. Dr. Norhana Binti Mohd Aripin, Ketua Program Pengurusan Teknologi Industri, Fakulti Pengurusan Industri.
Pengalaman dan pengetahuan industri ini pasti akan memperkukuhkan lagi hubungan antara akademik dan industri untuk manfaat bersama. Harapan dari lawatan ini adalah untuk membina hubungan yang lebih kukuh antara FTKEE UMPSA dan Mercedes-Benz Pekan bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui pendedahan industri yang lebih relevan. Lawatan ini juga diharap membuka peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan serta latihan industri, sekaligus memastikan graduan FTKEE lebih bersedia dan berdaya saing dalam pasaran kerja yang mencabar.Diharapkan kerjasama ini menjadi langkah awal untuk lebih banyak inisiatif bersama yang menyokong keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi kejuruteraan