FTKEE Jayakan Tanggungjawab Sosial Kongsi Kepakaran Dalam Kerja Penyelenggaraan Elektrik

FTKEE Jayakan Tanggungjawab Sosial Kongsi Kepakaran Dalam Kerja Penyelenggaraan Elektrik

Kerja-kerja penyeleggaraan peralatan elektrik di Masjid Al- Hidayah Paya Besar Kuantan telah dilaksanakan oleh 11 orang pelajar-pelajar kursus Building Electrical System Maintenance (BVE2315).
 
Menurut penasihat, Ir. Dr. Bakri Bin Hassan, Pensyarah Kanan (FTKEE) khidmat penyelenggaraan elektrik di masjid ini dilaksanakan sebagai sebahagian dari komponen kemahiran (psycho-motor) dalam kursus BVE2315.
 
Penasihat teknikal Encik Mohd Salmizan bin Moh Zain serta Encik Mohd Maliki bin Md Saad menyifatkan pelaksanaan program ini dapat mengukuhkan tahap pemahaman mereka secara teori dan memantapkan kemahiran teknikal pelajar disamping bersosialisasi dengan masyarakat setempat. Bagi pihak fakulti/universiti pula, sejajar dengan universiti sebagai sebuah instutusi TVET, program CSR penyelenggaraan elektrik ini merupakan tanggungjawab sosial kepada komuniti sebagai penerima faedah.

Cetak   Emel